31 January 2011

..Semua Berubah ~ Thalita Latief ft Konig Band..

Ada yang lain
Saat ini dan nanti
Semua berubah
Semua berubah

Hati yang dulu
Ku lalui tanpamu
Kini tak mungkin
Semua tak mungkin

Meskipun beda
Ada waktu tujuan
Sudah terlambat
Sudah berubah

Perjalanan panjang
Ku lewati bersama
Sudah berubah
Sudah tak mungkin

Dan bila nanti
Waktu yang tak terbagi
Semua untukmu
Semua untukmu

Apabila pagi
Embun pun telah pergi
Ku lakukan untukmu
Ku lakukan untukmu

Cinta ini ku bagi
Satu kata yang pasti
Semua tak mungkin
Semua berubah

Hati ini untukmu
Saat ini dan nanti
Tetap tak mungkin
Tetap berubah

Hari yang dulu
Ku lalui tanpamu
Semua berubah
Semua terlambat

Dan bila nanti
Satu kata yang pasti
Semua untukmu
Semua untukmu



26 January 2011

..Lagu Mahu Kamu ~ Aisya Hasnaa..

Sungguh ku akui kasih
Yang ku telah jatuh cinta
Sebenarnya kau siapa
Selalu bikin aku jadi begini

Jika aku berkuasa
Pasti kau putra hidupku
Jika terjadi semuanya
Aku manusia yang paling gembira

(Aku) nyanyi lagu
(Lagu) mahu kamu
(Ikut) rentak ini
Dap dap dup da da da dap da dap

(Aku) cinta kamu
(Jangan) kau tak tahu
(Baha)sa cintaku
Dap dap dup da da da dap da dap

Bayangkanlah kasih
Kita di awangan bermadu asmara
Berterbangan sambil berpimpinan tangan
Disaksikan bulan bintang


12 January 2011

..Happy Birthday~..

..Selamat Hari Lahir (11.01.11) buat penyanyi no 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza..semoga terus berjaya dalam apa jua yang dilakukan..we love u always & forever..

06 January 2011

..Warna Kehidupanku ~ Yusry..

Merah menyala oh jantungku
Berdegup pantas keranamu
Haru biru fikiranku bila kau pergi jauh
Kehadiranmu mewarna kehidupanku
Putih sucinya perasaan jiwa
untuk dikongsikan
Sejingga api membara... Sehangat itulah cinta
Kehadiranmu mewarna kehidupanku
Sesaat berjauhan rasa tidak
keruan
Hilang arah gundah...tanpa
khabar ku resah
Hitam gelita pandangan...rindu makin dirasakan
Hanya satu ku mahu
Berdamping denganmu disisi
selalu
Secerah kilau kuning suria...sinar
menyelinap kalbu Sesegar hijau dedaun...senyummu
menawar pilu
Kehadiranmu mewarna
kehidupanku
Walau seikhlas lafazku kasih
Luahan hati masih tak setanding bahasa
Demi cinta pastiku sedaya
mencurah yang termampu
Tahtamu mampan dijiwaku
Sesaat berjauhan rasa tidak
keruan Hilang arah ku gundah....tanpa
khabar ku resah
Hitam gelita pandangan....rindu
makin dirasakan
Hanya satu ku mahu
Berdamping denganmu disisi selalu

05 January 2011

..Mahathir Rasa Janggal Ditemu Bual Siti Nurhaliza..

PETALING JAYA: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, 86, berasa janggal ketika ditemu bual penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, 31, pada rakaman program bual bicara yang berjudul Siti, di studio Filem Negara Malaysia, di sini, Rabu. Menurut Mahathir, kejanggalan itu disebabkan beliau sering menyaksikan persembahan nyanyian Siti dan apabila penyanyi itu menemu bualnya, beliau berasa sedikit pelik. "Saya selalu dengar Siti menyanyi dan terasa ganjil pula bila saya ditemu bual. Walaupun pertama kali menjadi pengacara, dia agak cekap dan mahir dalam persediaan menyediakan soalan. "Dia juga lancar dalam berdialog, jadi saya rasa tenang ketika ditemu bual," katanya selepas ditemu ramah oleh Siti pada rakaman program Siti. Rancangan temu bual ini akan bersiaran bermula 12 Februari 2011 menerusi Astro Ria, pukul 9 malam selama sejam. Ia terbitkan sebanyak 13 episod oleh Global Station Sdn Bhd. Dalam pada itu, Mahathir juga memuji program itu selain berkeinginan memanggil beliau sebagai tetamu undangan yang dapat mendengar pengalaman hidupnya untuk dikongsi. "Bagi saya, program ini merupakan salah satu cara untuk saya sebarkan pengalaman dan pada masa yang sama saya dapat menceritakan apa yang patut diberitahu kepada umum. "Pendapat-pendapat yang diberikan itu mungkin berguna kepada mereka," katanya yang ingin hadir untuk menyaksikan pementasan teater muzikal Tun Mahathir yang akan berlangsung hujung Januari ini. Sementara itu jelas Siti pula, dia tidak sangka Mahathir sudi menerima jemputannya sebagai tetamu undangan untuk program itu. Baginya, pengendalian program temu bual itu merupakan fasa baru buat dirinya sebagai seorang pengacara. Tambah pula, program yang bukan sekadar hiburan semata- mata itu turut menguji dirinya menjadi seorang pengacara yang cekap dalam menyediakan soalan-soalan berbentuk ilmiah. "Sebelum ini memang saya tidak bersedia bila banyak produksi menawarkan saya menjadi pengacara program, tapi kini saya sudah bersedia dan bersiap sedia untuk bersaing dengan pengacara-pengacara profesional yang ada. "Pengendalian program bual bicara ini ternyata satu pengalaman yang sangat berguna buat saya. ia agak berbeza kerjanya berbanding menjadi seorang penyanyi. Malah saya turut turun padang untuk melakukan penggambaran. "Rasa macam nak pecah kepala kerana saya perlu menggunakan bahasa-bahasa yang sesuai ketika bercakap. Ada kalanya saya perlu formal dan ada kalanya santai. "Memang agak penat mengendalikan program ini, tapi ia ternyata berbaloi kerana pada masa yang sama juga saya turut menimba ilmu dan pengalaman," katanya yang menjadikan pengacara Hollywood popular, Oprah, sebagai inspirasinya.