Kenapa cinta susah datang?
Walau mata sudah bertentang
Walau hati sudah bergoncang
Walau sayang sudah terbentang
Kenapa cinta susah datang?
Bila kekusutan selalu dikongsi
Bila sayang sama berbahagi
Bila melodi bertukar ganti
Kenapa cinta susah datang?
Walau hati menggigil menahan rindu
Walau wajahmu tak terpadam di hatiku
Walau hatiku seakan-akan milikmu
Kenapa cinta susah datang?
Bila hati mula tak keruan
Bila pertanyaan jadi soalan
Bila jawapan jadi pertaruhan
Kenapa cinta susah datang?
Walau ia ujian kesabaran
Walau jodoh bukan ketentuan
Walau ini kehendak Tuhan
Kenapa cinta susah datang?
Sebab cinta tiada paksaan
Sebab sayang hanya persahabatan
Sebab takdir yang layak menentukan
No comments:
Post a Comment